|
|
Setiap baka kambing yang diiktiraf rasmi mempunyai julat berat badan tertentu dari sebesar 300 paun (136 kg) untuk kambing jantan yang berbaka besar-besar seperti Boer, atau sekecil 45 ke 60 paun (20–27 kg) untuk kambing betina yang kecil-kecil. Dalam setiap baka boleh terdapat variasi saiz yang berpunca daripada kelainan strain atau keturunan. Di tRAf, pihak kami menyediakan Kambing Tempatan dan Bebiri Tempatan untuk sembelihan atau daging segar. |
|
|
Baka lembu tempatan amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan. tRAf menyediakan Lembu Tempatan dan Jenis Brahman. |
|
|
Itik ialah nama untuk spesies daripada famili Anatidae daripada kelas burung. Itik dipelihara untuk daging atau telurnya. Di Malaysia, negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kebanyakan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing. Di ladang ternak tRAf, kami turut memberikan itik ternakan makanan tambahan disamping makanan organiknya. |
|
|
Pemeliharaan ayam daging adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam di Malaysia. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan dan pengembangan di kawal rapi. tRAf menghasilkan ayam daging yang berkualiti untuk pasaran ayam hidup tempatan dan juga turut dijadikan produk hiliran seperti ayam siap proses. |