Tentang Kami Tanjung Rimau Agro Farm



Tanjung Rimau Agro Farm adalah sebuah syarikat Bumiputera Melayu yang diasaskan bermula sebagai sebuah syarikat perladangan lembu dan kambing atas nama Tanjung Agro Farm. Setelah beberapa tahun penubuhannya, Tanjung Rimau Agro Farm atau lebih dikenali dengan nama tRAf mula memperluaskan bidang perniagaannya dengan bergiat di dalam bidang katering.
Semenjak itu Traf Catering ditubuhkan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Pengasasnya Puan Roslin Binti Lamin atau lebih mesra dengan panggilan Puan Lin adalah anak jati negeri Melaka mula bergiat aktif dalam dunia perniagaan pada 23 Ogos.2010. Dengan matlamat untuk memperluaskan lagi perniagaan yang berteraskan penternakan dan perkhidmatan penyediaan katering, Puan Lin mengambil inisiatif menggunakan media sosial dan laman sesawang untuk menerokai pasaran baru. Dengan itu, maka halaman web ini www.traf2u.com dibangunkan.
Terdapat tiga perkhidmatan utama yang di tawarkan oleh tRAf. Antaranya termasuk Perkhidmatan Pakej Aqiqah, Perkhidmatan Katering Pakej Perkahwinan dan Perkhidmatan menyediakan haiwan ternakan untuk sembelihan. Perkhidmatan Pakej Katering Perkahwinan dan Akikah yang ditawarkan ini meliputi kawasan yang luas bermula dari Muar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.
Sekiranya anda memerlukan lebih maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh tRAf, sila ke halaman perkhidmatan yang disediakan. Selain dari itu, anda juga boleh menghubungi kami di talian seperti yang tertera di halaman Hubungi Kami.


Sekian,
Terima Kasih.

Admin tRAf2u.com

0 comments:

Post a Comment